Jumaat, 7 Mac 2014

RPH - Remaja & Kesihatan



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
TINGKATAN 2 (PBS)

Mata pelajaran

Bahasa Malaysia
Tingkatan

2 Ikhlas
Tarikh

10 Februari 2014
Masa

9.20 – 10.15 pagi (55 minit)
Bilangan pelajar

30 orang
Tajuk

Remaja & Kesihatan

Objektif

Pada akhir pelajaran ini, pelajar dapat:
i.           membaca rencana daripada majalah secara luncuran dan imbasan untuk memperoleh idea relevan dengan isu yang dibincangkan;
ii.        mencatatkan idea yang diperoleh daripada petikan bagi tujuan khusus;
iii.              mengenal pasti format penyampaian dialog dan wawancara secara lisan dan tulisan.

Fokus Utama
7.1







7.4







7.5
Mengenal pasti dan menyatakan gambaran keseluruhan, idea utama, isi penting dan isi relevan tentang bahan yang didengar, dibaca, dan ditonton.

Aras 1 (i)
Mengenal pasti dan mengutarakan gambaran umum dan isi-isi penting daripada pelbagai bahan.

Membaca pantas secara imbasan dan luncuran untuk membuat rujukan pelbagai bahan bercetak dan bahan elektronik.

Aras 1(iv)
Membaca pantas secara imbasan dan luncuran untuk mengenal pasti maklumat.

Memahami dan meneliti maksud tersurat dan tersirat daripada sesuatu bahan.

Aras 1(v)
Menyatakan maksud tersirat berdasarkan isi tersurat.

Fokus Sampingan
9.2
Menentukan format penyampaian dan jenis penulisan yang sesuai untuk menyampaikan maklumat.

Aras 1(ii)
Mengenal pasti format penyampaian dialog, teks pengerusi majlis dan pidato secara lisan dan penulisan.

Spesifikasi Pembelajaran

B1 DB1 E1
Membaca ayat dalam perenggan daripada sesuatu sumber dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.

B3 DB1 E1
Menyatakan maksud tersurat yang betul daripada bahan yang dibaca.

B3 DB1 E2
Menyatakan maksud tersirat yang sesuai daripada bahan yang dibaca.

Kemahiran Bahasa

Bertutur, membaca, menulis
Sistem Bahasa

Sebutan dan intonasi, ayat tanya
Strategi

Konstruktivisme
Pendekatan

Komunikatif
Teknik


Pengisian Kurikulum




i.   Ilmu
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Sivik & Kewarganegaraan.


ii.  Peraturan Sosiobudaya
Kesantunan Bahasa


iii. Nilai
Kebersihan fizikal dan mental, rasional


iv. Kemahiran Bernilai Tambah
  • KB : menghubungkaitkan, membuat inferens.
  • KP : intrapersonal, interpersonal, verbal linguistik
  • KMD : membuat ramalan, menjangka akibat
BBB/M
·        
·         Komputer riba
·         Projektor LCD
·         Keratan akhbar / majalah (ruangan masalah remaja)

P.S.A
·        
·         Pelajar telah biasa melihat sesi dialog / wawancara.
.













Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Tujuan:-
i.                    menyampaikan maklumat
ii.                  mendapatkan maklumat.






Pelajaran hari ini :-
Remaja & kesihatan

Set Induksi ( 5 minit )

i.          Pelajar dipertontonkan sedutan wawancara tentang isu kesihatan remaja.

ii.        Pelajar diminta menyatakan bentuk dan tujuan wawancara diadakan.

iii.      Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan pelajaran pada hari ini.


BBB : Komputer riba, skrin, Projektor LCD, alat pembesar suara.

KB : menghubung kait

KP : Interpersonal, verbal linguistik.



Petikan ruangan soal jawab permaslaahn remaja (Rujuk Lampiran A)

PBS : B1 DB1 E1



Langkah 1 (35 minit)

i.   Pelajar dibahagikan kepada enam kumpulan mengikut kriteria yang disediakan oleh guru.
ii.  Setiap kumpulan diedarkan keratan akhbar atau majalah yang mengandungi ruangan soal jawab remaja dan kesihatan (soalan sahaja)
iii.   Seorang pelajar bagi setiap kumpulan membaca kuat permasalahan yang terdapat dalam petikan.









BBB : petikan ruangan soal jawab remaja akhbar / majalah

KP : interpersonal, verbal linguistik.

Teknik :

Pendekatan : Komunikatif

Stategi : Konstruktivisme

Nilai : keberanian



Jangkaan Isu:
·         Masalah obesiti
·         Masalah diabetes
·         Diet seimbang

PBS : B3 DB1 E2
          B3 DB1 E3

Langkah 3 (25 minit)

i.      Pelajar membincangkan isu yang dipaparkan dalam ruangan “masalah remaja”.
ii.       Pelajar merujuk majalah dan akhbar untuk mencari penyelesaian bagi permaslaahan yang dikemukakan.
iii.        Pelajar mencatatkan idea yang diperoleh daripada bahan petikan dalam lembaran kerja mereka.




KP : Intrapersonal

KB : menganalisis

Teknik : bacaan

Pendekatan :

Strategi : Konstruktivisme

Nilai : Rasional


Jangkaan jawapan pelajar:

  1. Pelajaran merosot
  2. Tumpuan dalam kelas dan terhadap pelajaran terganggu.
  3. Kegagalan dalam peperiksaan.

Penutup kognitif : Rumusan

Penutup Sosial : Ucapan terima kasih.

Penutup (5 minit)

i.            Pelajar diminta memberikan implikasi masalah disiplin kepada pencapaian dalam pelajaran.

ii.          Pelajar diminta menulis wawancara yang lengkap sebagai kerja rumah dan menyerahkannya kepada guru pada waktu yang dipersetujui bersama.

iii.        Guru mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pelajar yang telah menjalani P&P dengan berjaya.




KP : Interpersonal, verbal linguistik

KB : menjana idea

KMD : membuat ramalan


Khamis, 6 Februari 2014

RPH BM PBS Ting. 2

Assalamualaikum w.b.t
Salam 1 Malaysia

Sebagai permulaan blog ini, saya ingin berkongsi Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Bahasa Melayu Tingkatan 2 yang terlibat dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Jika diperhatikan, memang banyak bukti (Evidens) yang diperlukan untuk menilai setiap seorang pelajar. Jika kita mengambil masa khusus untuk melakukan PBS sahaja, saya kira mungkin aktiviti P&P yang sepatutnya tidak akan berjalan lancar. Sehubungan dengan itu, saya percaya pentaksiran secara berterusan walaupun sedikit demi sedikit akan menatijahkan hasil pembelajaran yang sebenar sepertimana yang kita inginkan.

Sekiranya terdapat kekurangan pada RPH yang saya paparkan, bolehlah sama-sama pembaca sekalian memberi teguran dan cadangan sebagai satu bentuk perkongsian bagi menambahbaikkan lagi P&P kita. Terima kasih.


Jumaat, 24 Januari 2014

Mengaji dengan Alif...

Ketika mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di Institut Bahasa Melayu Malaysia (IBMM), Lembah Pantai lebih sedekad dahulu, kami didedahkan dengan pelbagai teknik pembelajaran dan pengajaran (P&P). Oleh sebab pedekatan komunikatif sedang berleluasa ketika itu, maka kami tidak dapat tidak didedahkan dengan konsep pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Pembelajaran Konstruktuvisme antara yang paling mendapat tempat. Namun, seperti biasa - kerana kebanyakan pelajar KPLI mempunyai pengalaman sebagai guru sandaran - kami sering mempertikaikan kebolehlaksanaan pendekatan tersebut di sekolah. Hambatan silibus demi mengejar sasaran PMR dan SPM menjadi perkara yang aula daripada memastikan kebolehan dan potensi pelajar dikembangkan. Kata pensyarah kami, "memanglah tak dapat buat hari-hari, tetapi janganlah langsung tidak buat". Betul juga, namun sesampainya di sekolah, hambatan yang sama menjengah. Lebih-lebih lagi tugasan bukan P&P di dalam kelas berlambak-lambak.

Namun keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) saya kira memberi harapan baharu untuk pendidikan yang lebih bermakna (saya kata - harapan!) Jika dilihat dari segi konsepnya, PBS akan menumpukan kepada kebolehan dan keupayaan pelajar dengan tiada peperiksaan selaras dan berpusat, tetapi dikembalikan autoriti itu kepada guru (Lupakan soal SPPBS buat sementara waktu). Saya kira dengan konsep baharu pendidikan ini, guru tidak perlu lagi terkejar-kejar untuk menghabiskan silibus pada tarikh-tarikh tertentu demi memastikan pelajar dapat menjawab soalan-soalan berpusat yang dibekalkan oleh PPD / JPN / Bahagian masing - masing. Dengan itu guru-guru boleh mengolah topik, tema dan subtema pelajaran mereka mengikut kesesuaian dan kreativiti masing - masing. Hal ini saya kira mampu menjadikan pembelajaran para pelajar lebih bermakna.

Dalam merealisiasikan hasrat tersebut, saya percaya guru-guru tidak mempunyai masalah, kerana itu ialah bidang teras mereka. Secara dasarnya, itu;ah tujuan kita sebagai pendidik - mendidik!

Lantaran itulah, saya menerjuni alam PBS pada tahun ini untuk cuba sedaya upaya merealisasikan hasrat 'mendidik akal budi dan rohani' pelajar melalui pendekatan yang berbeza. Saya berharap apa-apa yang saya hasratkan akan tercapai selari dengan matlamat dan falsafah pendidikan itu sendiri. 

Namun saya sedar bahawa kebolehlaksanaan sistem baharu pendidikan ini akan terjejas dengan beberapa masalah, seperti:-
(1) Gesaan untuk SPPBS - dengan sistem yang masih goyang;
(2) Beban pembuktian yang tidak munasabah (terlalu banyak bagi sesetengah subjek, namun untuk Bahasa Melayu saya kira masih boleh diterima)
(3) Jangkaan pihak atasan tentang "Band"
(4) Kelapangan masa untuk merancang P&P yang berkesan - sudah pasti tentang tugas-tugas pekeranian, tugas-tugas bukan P&P (pengurusan, mesyuarat, taklimat, kursus, pertandingan dsb)
(4) ... (isu-isu lain yang menyebabkan ketidaktekalan terhadap pelaksanaan dasar ini)

Warga pendidik yang punya idea dan cara, mungkin boleh kita berkongsi idea bersama-sama..Opsss... mungkin rungutan dan luahan perasaan tidak puas hati tidak wajar diperbesar-besarkan di sini, kerana yang lebih aula dalam blog ini untuk berkongsi idea, pengalaman dan pengetahuan.

Moga-moga Allah permudahkan urusan ini.